Tuesday, 12 April 2011

MAN UTD mara ke separuh akhir liga juara-juara eropah 2011


liga juara-juara eropah suku akhir ke 2



manchester united ( 2 )vs (1 ) chelsea
aggreget 3:1

manchester united mara dengan penuh bergaya dengan kemenangan 2:1 di old traffort pagi td.hasil jaringan javier hernandez pada minit ke 43,dan jaringan pemain asia dari korea selatan  yang iaitu park  ji-sung pada minit ke 77.namun,chelsea mendapat gol saguhati hasil jaringan penyerang berbisanya iaitu didier drogda pada minit ke- 77.kelebihan beraksi di tempat sendiri memberi kemengan bermakna buat pasukan bimbingan alex ferguson dalam mencari kejuaraan ke 3 sejak 1999,dan 2008.manchester united mempunyai kelebihan gol hasil jaringan tunggal wayne rooney yang membantu pasukan man utd mencatat kemenangan 1:0 pada perlawanan suku akhir pertama lalu.

 pada awal saingan chelsea telah menguasai permainan.namun  pemain man utd yang bijak pertahan yang diketuai  rio ferdinand,nemanja vidic,patrick evra dan john o"shea telah menbantukkan serangan pemain-pemain chelsea.namun man utd   membuat kejutan apabila dorongan ryan giggs di sudut kiri di sambar oleh javier harnandez  dan telah mendapat gol pertama pada minit ke 43.


Javier Hernandez celebrates with Wayne Rooney after opening the scoring



serangan demi serangan dilakukan pemain-pemain chelsea bagi merapatkan jurang gol tidak menbuahkan hasil.apabila penjaga gol man utd beraksi cemerlang menyelamatkan percubaan demi percubaan oleh pemain chelsea.

masuk separuh masa ke dua,chelsea membuat perubahan menukarkan fernando torres dan memasukkan didier drogda.

serangan demi serangan di lakukan kedua-dua pasukan bagi mendapatkan gol.malang buat pasukan chelsea apabila pemain mereka ramires di buang padang kerana membuat terjahan keras ke atas  nani pada minit ke 70.


akhirnya chelsea mendapat gol pertama hasil larian cantik didier drogba yang tidak di jaga lalu terus menyumbang gol buat chelsea pada minit ke 77.namun tidak begitu saja apabila man utd menyerang terus apabila kelekaan pemain-pemain chelsea memberi ruang buat park ji-sung menhadiahkan gol ke dua buat man utd pada minit ke 77.hasil serangan pantas pemain-pemain man utd.

.semangat juang pemain-pemain chelsea tidak padam begitu sahaja,apabila terus menerus menbuat serangan demi serangan.saling bertukar-tukar serangan bagi medapatkan gol.

akhirnya manchester united memenangi perlawanan tersebut dan membawa kemengan 3:1 secara aggreget.man utd yang begitu hebat dan melangkah ke separuh akhir liga juara-juara eropah untuk kali ke 13 dan bakal berdepan sama ada schalca 04 ataupun bekas juara tahun lepas inter milan.bagi mencari aksi final dan membawa kejuaraan yang ke 3 setelah tahun 1999 dan 2008.
















Scoring Summary

Manchester UnitedChelsea
Javier Hernández (43')Didier Drogba (77')
Park Ji-Sung (77')






Monday, 11 April 2011

APA ITU CINTA?




Apabila bicara tentang cinta, semua orang kata TAHU. Walhal masih ramai yang cetek tentang CINTA. Diri sendiri berada diawangan dan delima antara tuntutan perasaan, keluarga atau nafsu.

Apakah yang maksudkan dengan CINTA ?

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.

Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks  cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.


Kata pujangga Shakespeare :
"Cinta dapat menjelmakan haiwan menjadi manusia dan manusia menjadi haiwan".

Demikianlah besar dan hebatnya pengaruh cinta dalam emosi manusia. Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta Itu Buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk celaru.

Cinta Buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu TIDAK SAMA dengan cinta terhadap Allah.

Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu. Yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri.



Jenis-Jenis Cinta
1) Cinta Sayang
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.

2) Cinta Buta
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3) Cinta Simpati
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4) Cinta Paras Rupa
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5) Cinta Romantik
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.

6) Cinta Nafsu
Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk  menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.

7) Cinta materialistik
Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

8) Cinta Biasan
Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.

9) Cinta Kecundang
Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional.  Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.

10) Cinta Sempurna
Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.

Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.



WHO MAKES A GOOD FRIEND?



SIAPA KAWAN YANG BAIK?    

WHO MAKES A GOOD FRIEND?   

                                 

               Dua orang membolehkan persahabatan yang berjaya dan dua orang juga menghancurkan persahabatan. Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang lama.  Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah.  Ada yang bertahan hanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat persekolahan dan berterusan.  Inilah kawan baik atau kawan karib anda.  Walau pun kawan karib biasanya sebaya dengan anda, terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari luar alam persekolahan anda.  Kawan karib boleh juga terdiri dari ahli keluarga seperti adik beradik dan datuk/nenek.  Ibu bapa anda juga boleh dijadikan kawan karib anda. 







~  Kualiti kawan karib 

Kawan baik atau kawan karib mempunyai lebih banyak ciri-ciri berbanding kawan biasa. Antaranya ialah: 

 Intuitif – tahu bila kawan memerlukan bantuan, seseorang yang anda boleh bergantung harap dalam apa keadaan sekali pun. 


-  Anda boleh rileks dan berdamping – bergembira, berkongsi perasaan dalaman (harapan, keriangan, ketakutan), boleh bercakap dengannya, boleh serius dengannya, membahagiakan antara satu sama lain, menangis, ketawa bersama, berbelas kasihan dan saling mendengar. 


-  Menerima anda seadanya – tidak kira siapa anda, tidak malu berdamping dengan anda, tidak mentertawakan anda apabila berkelakuan bodoh, tidak menjatuhkan anda apabila anda membuat kesilapan, tidak menghukum, mengkritik atau membuatkan anda kelihatan bodoh. 


 Berempati dengan anda – memahami dan prihatin terhadap perasaan anda.  Dengan kata lain, ‘boleh memakai kasut anda’.


                  -  Boleh diharap dalam masa susah dan senang, saling membantu. 

                  -  Terbuka dan jujur tanpa melukakan hati anda. 


-  Beri sokongan moral – mendorong anda mencapai kejayaan dan melakukan yang terbaik. 


-  Menghargai antara satu sama lain. 

 -  Baik hati dan bertimbang rasa. 


 -  Anda boleh menjadi anda sebenarnya – boleh marah tetapi tetap berkawan. 


 -  Melihat dan menjelmakan yang terbaik dari anda (menyokong, menggalakkan, bersikap 
positif). 
-  Tidak pernah menjatuhkan maruah anda. 
-  Serius dalam persahabatan. 
-  Sedia mendengar. 
    
•  Pentingnya persahabatan semasa remaja 


~  Peluang menerokai dan memahami diri sendiri 
       Rakan karib berbincang secara terbuka dan jujur.  Ini menjadikan remaja berupaya menjadi peka terhadap kekuatan dan kelemahan, keperluan dan keinginan satu sama lain.  Apa yang penting ditekankan ialah pembentukan konsep kendiri, mengambil perspektif, identiti dan ikatan yang intim melebihi keluarga. Ikatan emosi ini menyediakan remaja untuk perhubungan cinta.  (Savin-William & Berndt, 1990, Sullivan, 1953). 


~  Membantu semasa tertekan di kalangan remaja 
       Kerapatan persahabatan yang terbina di kalangan kawan-kawan menyebabkan kepekaan yang meningkatkan empati dan tingkahlaku pro-sosial.  Terdapat laporan yang menyatakan bahawa kawan-kawan yang menyokong mengurangkan masalah seharian dan meningkatkan harga diri.  Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk harga diri dan kesejahteraan, dan mengurangkan kerisauan dan kesunyian.  


~  Memperbaiki sikap 
      Adalah amat penting memilih kawan yang betul.  Ini adalah kerana kawan-kawan mempengaruhi remaja.  Oleh yang demikian, melalui persahabatan yang memuaskan, remaja berupaya meningkatkan prestasi akademiknya.  Bersandarkan kepada nilai pencapaian yang tinggi dari seorang rakan, ia boleh memastikan pencapaian yang terbaik. Ianya juga meningkatkan penyesuaian diri di sekolah – bergembira melalui interaksi.  Alam persekolahan dilihat sebagai pengalaman yang positif. 
  
•  Hubungan rakan sebaya dan perkembangan remaja 



      Kelly dan Hansen (1987) merumuskan 6 faktor positif yang menyumbang kepada perkembangan remaja melalui perhubungan rakan sebaya:  


~  Mengawal naluri agresif 
   Terdapat bukti yang menunjukkan kanak-kanak mempelajari cara mengawal naluri agresif 
melalui interaksi dengan rakan sebaya dan bukannya hasil interaksi dalam keluarga atau di 
sekolah. 


~  Memperolehi sokongan emosi dan sosial dan belajar berdikari 
       Hubungan rakan sebaya menggalakkan peralihan dari pergantungan kepada keluarga 
kepada bentuk kehidupan yang lebih berdikari/bebas. 


~  Menyediakan peluang untuk mencuba pemikiran, emosi dan tingkah laku baru  
      Tingkah laku dan pemikiran baru boleh dipelajari melalui perbualan, berdebat, malahan 
berkonflik/bertelagah dengan rakan sebaya. 


~  Membentuk sikap mengenai seks, minat dan tingkah laku peranan jantina 
      Terdapat bukti yang menunjukkan sikap mengenai seks dan tingkah laku peranan jantina 
dibentuk oleh interaksi dengan rakan sebaya.  Sikap ibu bapa yang tidak membantu dalam 
perkara ini menguatkan lagi pengaruh rakan sebaya. 

-  Membentuk pertimbangan moral dan nilai-nilai sosial 

Dapatan kajian mencadangkan bahawa kuantiti dan kualiti hubungan rakan sebaya ada 
kaitan dengan perkembangan moral remaja.  


-  Memperbaiki atau mengekalkan harga diri melalui interaksi secara strategik Remaja melakukan interaksi sosial yang menyumbang kepada memperolehi, menyembunyi, atau mendedahkan informasi secara tidak langsung untuk mengekalkan atau meningkatkan harga diri. 




                               •  Memperbaiki diri sebagai kawan


                -  Jadilah orang pertama meminta maaf selepas perbalahan. 
                -  Langkah ke dalam kasut rakan anda – untuk benar-benar memahaminya. 
                -  Tunjukkan penghargaan melalui perbuatan yang menunjukkan kemesraan.
                -  Tunjukkan kejujuran dan beritahu perasaan sebenar anda. 
                -  Pengaruhinya supaya menjadi baik – menjadi positif. 
                -  Bersikap serius terhadap persahabatan. 
                -  Jangan buat perkara-perkara berikut: 
                   ¾ Bercerita buruk tentang dirinya di belakang. 
                    ¾ Rasa cemburu 
                   ¾ Percaya khabar angin tanpa bukti nyata. 
                   ¾ Katakan yang baik-baik supaya tidak melukakan hatinya. 
                   ¾ Buat sesuatu yang anda sendiri tidak ingini
¾ Cepat membuat andaian.